Assalamualaikum, entri pertama untuk blog yang baharu saja di sign up ini. Sedikit mengenai Multimedia.
Multimedia ialah penggunaan beberapa media digital (contohnya teks, audio, grafik, animasi, video) untuk menyampaikan maklumat. Kamus Dewan (2002) menyatakan bahawa Multimedia adalah kata gabungan yang menunjukkan banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi (perhubungan). Multimedia juga sebagai proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi yang menggabungkan penggunaan unsur-unsur media dalam persembahan informasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan, dan menggunakan kandungan Multimedia.
Post a Comment
Sila beri komentar, kerana komentar kalian sangat di alu-alu kan.